In da Name of Allah...
Salam 'alaik, every1...
Minggu ini, saya memang sedang gigih untuk menyiapkan tugasan-tugasan praktikal saya secepat mana yang boleh. Walaupun dah rasa pening-pening lalat nak muntah mengadap borang-borang clients yang tersusun rapi di rumah sewa dan bilik saya di UBK. Huhuhu... Rasa tak sanggup nak tengok borang-borang tu semua. Hukhukhuk... (terbatuk2 sudah... Hehehe)
Sahabat2,
Doakanlah saya biar sentiasa rajin dan istiqamah ye, Amien=).
Terima kasih. =)
Banyak lagi unfinished bisnez saya. Antaranya:
1) Belum diselia oleh penyelia universiti untuk pusingan kedua. Sahabat2 yang lain ramai yang sudah selesai.
2) Belum diselia oleh penyelia lapangan.
3) Laporan Bulanan, Tahunan belum dikemaskini lagi kerana terlalu banyak program yang diadakan yang buka dalam perancangan awal.
4) Borang-borang laporan setiap kali sesi kaunseling dijalankan ada yang masih belum terisi.
5) Outreaches, surat2 jemputan, laporan2, dan sebagainya belum di"filing" secara sistematik lagi.
6) No. rujukan clients ada yang belum direkodkan secara sistematik lagi.
7) Mak aiiii... Banyak jugak ye yang belum beres lagi. Huhuhu...
Yang hampir selesai dan yang sudah selesai:
1) Laporan di buku log - Beres!
2) Setelah dihitung-kira, jumlah jam kredit sudah cukup dan dianggarkan sudah lebih daripada yang ditargetkan. Yeeeaahaaa! (Give Thanx To Allah!!!)
3) Semua borang-borang keperluan telah siap difotostat dan sudah mencukupi untuk jam kredit yang diperlukan.
Hehehe... Tersengih saya depan laptop ni bila tengok lebih banyak yang belum selesai berbanding yang dah selesai. Punca utama yang dapat saya kenal pasti adalah kerana saya terlalu menumpukan perhatian terhadap sesi dan jam kredit saya sebelum ni. Huhuhu... Tak apalah, sekurang-kurangnya saya boleh habiskan semua jam kredit sebulan lebih awal dan masa yang berbaki ni bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian terhadap borang-borang sesi saya dan program-program bimbingan yang sudah banyak menanti untuk dipenuhi tu. Huhuhu... Doakan saya ye semua. TQ =).
Alhamdulillah, sepanjang say berada di sini, saya banyak berhubung dan berkerjasama dengan pelajar Tingkatan 1 dan 2. Mereka adalah perintis Program Ulul Albab, Program hafazan. Walaupun sebilangan kecil mereka mempunyai masalah dengan hafazan, tetapi mereka tetap boleh teruskan hafazan mereka dengan jayanya walaupun kadang-kadang ada juga yang tertinggal daripada rakan-rakan yang lain. Biasa la kan, mula-mula memang la susah. Bila dah lama, alah bisa tegal biasa la. InsyaAllah. Semoga semua pelajar Tingkatan 1 akan tabah dan cekal seperti abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 2 kurang bermasalah berbanding adik-adik mereka ini. Hehehe... Biasalah, kejutan budaya kan. Hehehe
Ok, sampai sini sahaja untuk kali ini. Saya nak sambung untuk penulisan rekod harian saya. Doakan saya dan seluruh umat manusia ye. Jangan doa untuk diri sendiri je. =)
Minta diri dulu.
Adios. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment