Tuesday, March 30, 2010

Hablum Minallaah

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Sumber: 130 Tips Menjadi Wanita Yang paling Bahagia Di Dunia by Dr. 'Aidh                    Al-Qarni


Sambunglah talimu dengan Allah,
ketika tali-tali yang lain terputus.

Sesungguhnya, amal soleh yang diiringi dengan iman, ganjarannya adalah kehidupan yang sejahtera di dunia. Tidak kisah kehidupan itu dilimpahi dengan harta kekayaan atau dihantui dengan kemiskinan.

Tetapi, di dalam kehidupan ini terdapat banyak perkara yang dapat mengatasi kebahagiaan dengan memiliki harta benda. Antaranya adalah apabila:
  1. Perhubungan dengan Allah Taala, percaya kepada-Nya, dan merasa tenang dengan penjagaan dan keredhaan-Nya.
  2. Nikmat kesihatan, ketenangan, keredhaan, keberkatan, ketenteraman rumah tangga, kasih sayang, dan sebagainya.
  3. Kegembiraan disebabkan oleh perbuatan baik yang mempengaruhi pada hati dan kehidupan. 

Monday, March 29, 2010

Wahai Mereka yang Berbahagia...!

 
Jadilah jiwa yang menyinari,
nescaya alam raya akan menyambutmu.
 
 
Pandanglah olehmu akan kehidupan dengan
pandangan cinta dan penuh harap.
Kehidupan adalah anugerah dari Allah untuk hamba-hamba-Nya.
Terimalah hadiah dari yang Maha Esa, 
ambillah dengan senang dan berbangga hati.
 
Sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyuman yang merekah.
Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar terang.
Sambutlah malam yang tenang dan sunyi.

Minumlah air yang jernih sambil memuji Allah dan bersyukur.
Hiruplah udara dengan kegembiraan dan hati yang senang.
Hidulah harummnya bunga dengan bertasbih.
Dan renungkanlah alam raya ini sambil 
mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Carilah pemberian yang berkat di bumi, pada pasu bunga, 
pada mawar, pada teriknya mentari, dan lainya.
Jadikanlah anugerah itu modal penolong 
untuk taat, bersyukur, dan memuji Allah.


Sumber:
130 Tips Menjadi Wanita Yang Paling Bahagia di Dunia By Dr. 'Aidh Al-Qarni

Sunday, March 28, 2010

Newborn Baby

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...


Sekadar Gambar Hiasan (Sb xsempat nk snap.. huhu)


Status     : Newborn Baby
D.O.B.    : 26th March 2010 (Friday)
P.O.B.     : Hosp. Tg. Anis, Pasir Puteh, Kelantan.
T.O.B.     : 3.45 PM
Gender     : Boy
Weight    : 3.8 kg
Name       : Muhammad Ali (dijangka akan diberi nama ni... amien...)


Alhamdulillah... Sy dapat newborn baby... Eh?! Bkn anak sy la... hehehe... ank buah je... huhu sgt bez le... Sy memg sukekn budak2... newborn ke, oldborn ke... hehehe asal je name budak2 sy suke le...

Ermm... Baby ni dijangka akn diberi nama as Muhammad Ali... Sb kakaknye diberi nama Fatimah... Fatimah Oh! Fatimah!... Adoiyai... Asyik nangis je bla tgk org pegang adiknye 2... Mule la menangis sungguh2 punye la... Mcm la org cubit adik die... Jeles kot...

Smlm, abahnye (abg sy) trpakse "bwk lari" Fatimah ke rumah sy... (Rumah kakak ipar & rumah sy dlm 5km je)... Sebabnye... Fatimah wat hal... Die bg adik minum air masak ganas punye style... huhu... nk ajak men la kunun... pdhal... hehehe... Pas2 makcik, nenek & umi die pon trkejut le, terus marah la kt die... wah...! sekali mengamok terus... X bg org pegang adik die... Adoiyai... Nk men tp xreti ag... Nsb le xde pape adik die... Pas2 balik umh Tok Ma (umh sy) terus tdo... Pas asar baru bgn... Bgn2, terus ajak mandi ngn Cik Anie (sy le, hehe) terus mintak nasik... Tau pon lapo... hehe (Biase susah nk mkn)... Hai... Fatimah... Fatimah... Xleh nk berenggan ngn Cik Anie dh skng ni... hehehe... Umi die ckp, last week, Fatimah asyik dok tny, mane Cik Anie, Cik Anie keje ke... hehe tau pon rindu... 

Cerite sal Muhammad... Ermmm xde lg... Sb dok jg si kakaknye, Fatimah... Sy sempat jg ari pertame je kt hosp... huhu... 2 pon jap je... Mase die tgh lapo... Huhu... Xpelah, nt Cik Anie g mandikn Muhammad ye weekend ni.. Amien InsyaAllah...

Sy pulak, sanggup dtg keje pg2 bute arini... huhu semate2 nk dok umh men ngn ank2 buah... hehehe... Bla lg... Next week dorang da balik Taiping da... Xtau bla lak sy leh jumpe dorang... huhu...

K, la... Tamat da ceritenye... hehe
Adios. Assalamualakum.
TQ 4 reading my merapus story.. hehe

p/s: rase mcm nk balik je kg arini, tp takut kena marah kt my mum lak... hehehe

Thursday, March 25, 2010

Busy + Malas = Tak Siap Keje

In da Name of Allah...

Salam alaik, every1...

Saya nak buat, tapi saya malas... Bia dulu..

Dia Kucing + Dia Tak Malas... Saya Bukan Kucing + Saya Memang Malas

Beznye kalo dapat "melepek" cm ni... hehehu

Beznyeee... dpt baring...


"Melepek" lagi...


Banyaknye keje bertangguh...


Ingat 2...!!!


Oleh itu, berusahalah...!!! Jgn tangguh2 keje ye...!!!

As a conclusion, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian...
Daaaa... Nak balik kg...
Tata...
Adios. Assalamualaikum.

Tuesday, March 23, 2010

Panduan Memilih Isteri

In da Name of Allah...

Salam alaik, every1...

Post kali ni berkisar tentang panduan dlm memilih pasangan hidup iaitu isteri. Ade sorg kwn sy yang tgh "pusing" dok pk2 tentang bakal isterinye. Mungkin post ini blh djadikan panduan kpdnya @ sape2 je dlm memilih bakal isteri. Post ni pon sy "cilok" dr 1 website & da lame sy dok simpan dlm file lptop sy ni. So, de baiknya sy share kt cni. Mudah-mudahan de manfaatnya.


Sekadar Gambar Hiasan

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas RA)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bermaksud wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - (Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas RA)


Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.


Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:-)

Elakkan dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara - Bidalan ltali

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama - Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja - Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita - Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebih ramai pencinta berbanding suami - Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas - Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


Selamat Mencuba & Semoga Berbahagia.

Adios. Assalamualaikum.

Monday, March 22, 2010

Buatmu yang bernama WANITA

In da Name of Allah...


Kau Bungaku, Moga Kekal Mekar Sehingga ke Akhir Hayat
Wahai Bungaku,
Jadilah engkau seperti lebah,
hinggap di atas bunga-bunga yang semerbak harum
dan ranting-ranting yang basah.

Wahai Bungaku,
Engku tidak memiliki waktu untuk mencari aib manusia
serta mengumpulkan kesalahannya.

Wahai Bungaku,
Jika Allah sentiasa bersamamu,
Maka siapakah yang harus engkau takuti?
Sebaliknya,
Jika Allah menjadi musuhmu,
Maka kepada siapa engkau akan berharap?

Wahai Bungaku,
Api kedengkian akan memakan tubuh,
dan terlalu mudah cemburu adalah api yang terus membara.

Wahai Bungaku,
Jika engkau tidak siap hari ini,
belum pasti esok akan menjadi milikmu.

Wahai Bungaku,
Tinggalkanlah olehmu dengan cara yang baik
dari majlis-majlis yang melalaikan
serta majlis yang penuh dengan persengketaan.

Wahai Bungaku,
Jadilah engkau dengan akhlakmu
lebih cantik dari taman yang indah.

Wahai Bungaku,
Perbanyakkanlah olehmu dengan berbuat baik,
Maka sesungguhnya,
Engkau akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Wahai Bungaku,
Serahkan urusan makhluk kepada penciptanya,
Orang yang dengki sampai ia dia mati,
dan yang memusuhi sampai terlupakan.

Wahai Bungaku,
Kenikmatan barang yang haram akan menjadikan kehinaan,
penyesalan dan hukuman.

Berbahagialah engkau, duhai bungaku...!!!
Sumber: 130 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia.

Sunday, March 21, 2010

Untukmu Si Mawar Idaman



Sudahkah engkau melihat lihat duri pada mawar itu?
Di kelopak itu terdapat putik yang indah merekah.

Kepada si Mawar Idaman,
Kudoakan kau mekar di taman Islami,
Diakari rasa bertuhan,
Dihiasi haruman akhlak dan iman,
Kerana itulah ukuran...
Jelitanya seorang perawan!

Mawarku,
Belajarlah bersabar seperti sabarnya seorang wanita yang bernama Asiyah, isteri Fir'aun...
Setialah seperti Khadijah RA, isteri pertama Rasulullah SAW...
Jujurlah seperti Aisyah RA, isteri Rasulullah yang paling muda usianya...
dan 
Teguhkanlah hatimu seperti Fatimah, puteri Rasulullah SAW...

Ingatlah, Mawarku...!!!
Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth dua wanita yang khianat,
Maka celakalah keduanya!
Sedangkan Asiyah dan Maryam adalah wanita-wanita yang beriman,
Maka terhormatlah kedua-duanya!
 

Ya Allah,
binakanlah untukku sebuah rumah di syurga
yang dekat dengan-Mu.



 
    

Wednesday, March 17, 2010

Erti Sebuah Cinta

Oleh: Alang Kelana

Rabiatul Adawiyah pernah berdoa:
Ya Allah,
Kau berikanlah neraka
Kepada hamba-hambamu yang kafir,
Dan kau anugerahkanlah syurga
Untuk hamba-hambamu yang mukmin,
Tetapi
Untukku kau anugerahkanlah cintamu.

*~~~ * ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~* ~~~*
Rabiatul Adawiyah... 
Jauh sungguh tahap cintamu dengan cintaku terhadap-Nya...
Alangkah indahnya jika aku juga memiliki jiwa yang kental sepertimu dlm mentaati-Nya...
Allah..!!! Allah!!!
Allahu Ghafur...!!!

Terimalah aku, Ya Allah...!!!

Tuesday, March 16, 2010

Sesi Oh! Sesi...!!!

In the Name of Allah...

Ermmm... Xtau nk cite sal pe arini... Tp rase cm nk cite sal my "figure" (istilah kaunseling) je... Adoiyai... Cm x sabar utk jd kn "figure" ni as a "background" (istilah kaunseling- opposite meaning wif figure)...

Pe die figure sy tu..?! 
Perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu sy beresin sebelum tamat tempoh berpraktikum pd 28 Mei 2010... Antaranya adalah:
  • 120 jam kredit sesi kaunseling individu
  • 80 jam kredit sesi kaunseling kelompok
  • 30 jam kredit bimbingan kaunseling
  • 30 jam kredit pengurusan @ pentadbiran
Utk perkhidmatan bimbingan dan pengurusan memg da penuh le... huhu... (Thanx 2 Allah)... Da prob is: -----> aiyooo... susah betul le nk wat group counseling ni... dak2 ni memg le willing utk wat sesi kelompok ngn sy, janji semua ok le... tarikh, hari, mase, sampai mase... tup tup... mak aiii batang idung pon xnampak... huhu... 1 ag, kalo col, dorang akn ckp, "alamak cg, kami lupe le... im sory" huhu.. maka sy pon dgn berat ati + geram = tension ingt sesi byk ag x setel akan berkate : "xpela... awk cari mase len yg sesuai utk replace sesi kite arini" huhu.. pas2, sy akn termenung mngenang nasib yg memg xckop jam kedit ag ni... mak aiii... camane nk grade kalo cm ni... sy pon amek inisiatif baru utk ajak dorang join group counseling on weekend day le... tp sy tny dl la dorg outing ke x... dlm 1 ari 2 sy leh wat 3 sesi (6 jam- 1 sesi i jam)... tp de gak yg dorang lupe... aiseh... ni memg jd bengang sesgt le ni... sabo jela...huhu...

Skang ni, utk individual session de around 60 credit hours je... huhu... Group around 10 credit hours... huhu (lg dasat..) Mase tgl dlm sebulan je lg... kalo - +ari bkeje, ari cuti, exam sume2 tgl le dlm 2 mgu je lg sy de ms utk abiskn sesi2 sy 2....  :(( uwaaaaaaa.... InsyaAllah...! Sy blh wat...!!! Amien! Amien! Ya Allah...! Bg lh sy kekuatan ya Allah...!


Blh x anda bayangkan camane keadaan sy skng ni... hehehe... sy ni jenis kelam-kabut cket... da smpai tahap cm ni, sy de plan sy yg trsndri... nk xnk memg kena wat le... memg kena lalui... normal la kn pengalaman cm ni mase prcticum... pengalamn yg wat kite lbh matang, lbh kreatif, lbh mnghargai pe yg de d sekeliling kite, lbh bdikari n yg penting skali lbh dekat dgn PENCIPTA & PEMILIK DIRI KITA...!!!


Ermmm... Nk cite pe lg erk...?! Rasenye ni jelah utk arini... huhu... Ready 2 sleep... Tdo awl leh bgn awl... De appointment ngn pemilik nyawaku mlm ni... Da lame x dating mlm2 bute... Jom join sekali!!!


K, selamat beristiqamah dlm menyampaikan kalimah agung "Lailaha illallah... Muhammadar Rasulullah..."
Adios! Asslamualaikum!
Tata!

Wednesday, March 10, 2010

Kenali Personaliti Anda Melalui Jenis Darah


 Saya petik artikel ni drpd email sorg teman sekuliah d yahoo groups... Perlu diingat sekali lagi, tiada fakta atau teori yang menyatakan ini 100% benar, ini hanya 1 ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Lets explore our self..=)


 Mane 1 Jenis Darah Anda...???!

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH O - Saya mempunyai jenis Darah O. Hiks!! Hiks!!

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
*Tapi, papehal pon, masing2 de kelebihan tersendiri...  KERANA....
  1. Tiada personaliti yang gagal dalam ertikata yang sebenar
  2. Tiada individu yang personalitinya sempurna
  3. Tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong
  4. Personaliti adalah kualiti intrisik manusia yang boleh berubah  
* Sedikit maklumat tentang jenis-jenis darah yang boleh terima oleh badan:



Maha Agung Dia Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang diciptakannya... Subhanallah...!

Tuesday, March 09, 2010

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

Salam alaik, every1...

In da Name of Allah...

Mahu meluah tapi x terluah...
Mahu bercerita tapi tiada ceritanya...
Mahu menulis tapi tanpa termaktub di mane2... (bisakah?)
Mahu berkata "tidak" tapi hati berkata "ya"...
Mahu mencari tapi x tercari...
Mahu menerima tapi seakan-akan menolak...
Mahu menolak tapi x mampu utk membuat tindakan itu...
Mahu menerima kenyataan tapi seakan-akan mahu lari dari kenyataan...
Mahu melarikan diri tapi kaki x melangkah... (kok bisa...?!)
Mahu menangis tapi tiada air mata...
Mahu menunggu tapi tiada kesabaran...
Mahu berharap tapi x diberi peluang...
Mahu tersenyum manis dan ikhlas tapi kelihatan sumbang...
Mahu memberi tapi seakan-akan x layak & sempurna...
Mahu memandang langit tapi tertunduk lesu ke bumi...
Mahu menggapai bintang di langit tapi hanya mampu mencapai dahan pokok...(",)
Mahu diberi "hujan" tapi diberi "mentari"... (musim panas skang ni =)...)

Segalanya aku mahu... Tapi tiada sebarang tindakan... Lalu, jadinya apa...?! Hasilnya apa...?! Lalu, diri hanya mampu mengeluh, berputus asa, membuang masa, mensia2kan peluang... Lalu, di mana talimu dengan tali Allah...?! Adakah bersambung @ terputus terus...?! Atau hanya tergantung tanpa ada pasaknya, ikatannya...?! Sungguh, kamulah antara org2 yg kerugian dalam menikmati nikmat2 Allah ~ Nikmat di sebalik ujian & musibah... Antara org2 yg x redha dgn ketentuan-Nya... Kembalilah kepada-Nya... Sambunglah kembali talimu itu dengan tali-Nya... Dia Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui... Astaghfirullah... Ampunkan aku, Ya Allah... Aku berharap pada-Mu, Ya Allah...

* Setiap air mataku mengalir... Allah, aku lemah dan x bererti...

* Setiap derai tangis membasahi... Allah, jangan tinggalkan aku lagi...

* Aku milik-Mu, Ya Allah...!!!

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

Sunday, March 07, 2010

Mari Mengenal Personaliti Diri

Salam alaik, every1...

Arini, i think, i want 2 share something bout our personality yg sy dpt dr sorang teman sekuliah di yahoo group. Jom explore diri kita, have fun! =)

Psikologi: Personaliti Diri

Tertarik dengan satu cara mengenal personaliti diri dengan soalan dari kawan. Dari tindak-taduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:

1. Air mendidih kat dapur.

2. Air paip melimpah kat bilik air.

3. Bayi menangis.

4. Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.

Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
Fikirkan ~

Fikirkan ~~

Fikirkan ~~~

Fikirkan ~~~~

Fikirkan ~~~~~

Fikirkan ~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~~~

Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali.

Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda?

apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi.

Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita berfikir. Selamat mencuba!

Ini jawapan @ tindakan saya :D

1. Air mendidih kat dapur.
2. Bayi menangis.
3. Telefon berbunyi.
4. Ada orang ketuk pintu.
5. Air paip melimpah kat bilik air.

Tuesday, March 02, 2010

cubaan.. cubaan... testing2x... =)

Salam 'alaik...
diz is my 1st post 4 my new blog... hehehe... coz da old blog da lupe password sb da lame sgt x update... hehe... pasni nk try istiqamah la kalo x bz...ermm... blog ni bkn blog skema (hehehuhu)... sb sy nk cite je pe yg trlintas d fkiran sy, n pe2 ilmu yg bermanfaat yg blh dkongsi bersama, insyaAllah... sory la kalo terselit 1 2 cite tntg dri sy... huhu, sb kite sbg sorg manusia memg byk kelemahan... anyway, kalo de sape2 yg nk bg komen tntg pengisian blog ni, @ pape komen, pndpt, cdgn yg +ve, memg dialu2knlh... insyaAllah sy akn sentiase mperbaiki kelemahn dri...