Showing posts with label Cerita-Ceritu-Ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-Ceritu-Ceriti. Show all posts

Thursday, May 06, 2010

Da Nak Abeh Daa...!!!

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Saya baru dapat e-mail dari pensyarah saya, mengatakan kami kena balik ke kampus selewat-lewatnya pada pukul 8.30 pagi, 31hb Mei 2010. Tarikh yang lebih awal daripada jangkaan saya. 3 hari selepas kami menamatkan praktikum kami. Tempoh pembentangan tersebut akan mengambil masa sehingga 3 Jun 2010. InsyaAllah, seramai 66 orang pelajar kos sama dengan saya yang akan hadir pada tarikh itu.

Ayat yang paling saya suka mengenai e-mail itu adalah: "Saya amat yakin dan percaya bahawa anda semua pada ketika ini sedang berhempas pulas memenuhi keperluan praktikum masing-masing; dan sedang berusaha sekeras-kerasnya untuk menyiapkan laporan untuk pembentangan, buku log dan apa-apa jua dokumen yang berkaitan untuk membantu penilaian praktikum anda."

Memang pensyarah saya ini amat-amat memahami yang kami, pelajar-pelajarnya bagaikan seorang pelumba lari yang sedang berusaha sedaya-upaya berlari selaju-lajunya untuk sampai ke garisan penamat sepertimana masa yang telah ditetapkan dengan sempurna bukan dengan sambil lewa dan sikap acuh tak acuh sahaja.

Paling kami suka tentang pensyarah kami ini adalah tentang "trademark"nya iaitu... "tenaaaaaaaaanggg.....!!!!" Hehehe... Bila nampak kami kalut sikit, mulalah keluar perkataan tu. Sampai kami pun sudah terbawa-bawa dengan perkataan itu. Hehehe... Biasalah kan, secara tidak langsung, beliau mendidik kami supaya lebih bersikap tenang, tidak terburu-buru, dan tidak kalut apabila menghadapi sesuatu kesulitan. ------------> (Saya tuju khas kata-kata ini kepada diri saya sendiri. Hehehe....)

Rasa macam tak sabar pun ada bila fikir akan berjumpa dengan semua sahabat-sahabat 1 batch yang terlibat dengan praktikum (ada 2 orang sahabat kami yang terpaksa tunda praktikum kerana jaga anak-anak buah baru kami....) =) Alhamdulillah... Sihat wal afiat mereka sekarang.

Inilah keluarga kecil kami. Batch ke3 produk universiti kami utk program saya ini.
Rasa macam nak gugur jantung pun ada bila fikir kena bentang hasil yang kami dapat nanti di depan para pendidik kami. Hehehe... Perasaan berdebar-debar masih ada walaupun sudah hampir 4 tahun belajar di universiti. Normal la tu kan... Sebab saya bukan jenis yang "over-confident". Hehehe... Saya jenis yang agak kalut sikit. Jenis seram-sejuk sikit bila nak bentang depan pensyarah walaupun di dalam kelas tutorial cuma. Bila dah mula bentang tu emosi stabil la balik. Hehehe... Eiii.... Tak sabarnya nak kembali menjadi seorang pelajar yang belajar di alam kampus, yang rasa suasana "campus life". Hehehe... Dulu tak sabar-sabar nak keluar daripada universiti. Haiii... Manusia... Macam-macam la... Hehehe...

Tapi, yang paling utama sekali sekarang ini adalah saya mesti menyiapkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tatapan para pensyarah saya nanti. Tak kisah lah penyelia universiti saya nak datang ke tak untuk seliaan kali kedua yang penting, sedikit sebanyak saya sudah bersedia walaupun saya rasa agak kalut jugak sekarang ni. Hehehe... Tapi, insyaAllah, saya yakin saya mampu siapkan segala kerja saya dalam tempoh 3 minggu berbaki ini. InsyaAllah, amien, Ya Allah. Doakan saya ye semua. =)

Itu yang utama. Yang kedua adalah, saya sudah rasa bagimana perasaan rindu saya nanti terhadap tempat praktikum saya sekarang ni. Rindu sahabat-sahabat sekerja. RINDU ALL MY LOVELY CLIENTS. Rindu suasana di sini. Rindu desiran ombak yang kadang-kadang dapat didengari jika sunyi pada hari cuti atau pada waktu malam. RINDU CAFE PAK USOP, tempat saya dan rakan-rakan yang lain menjamu selera. Walaupun kadang-kadang kami rasa agak bosan dengan menu yang sama, tapi layanan kelas pertamanya amat-amat kami senangi, tak kira siapa pun kami =). Segala-galanya yang ada di sini pasti saya akan AMAT-AMAT MERINDUINYA nanti. Amat bermakna bagi saya. Banyak sangat kenangan, pengalaman berharga yang dapat saya kutip walaupun hanya sekejap cuma saya di sini.

My supervisor with his students. Dengan badan melekit setelah dikenakan oleh beberapa org guru ketika kejutan befday party beliau, dengan segelas air, sebiji telur dan sedikit tepung gandum. Mastermindnya sangat ramai. Hehehe...
Mak aiii... Tak perasan...! Macam emo dah entri kali ni. Huhuhu... (Padahal, sebelum2 ni pun emo jugak, ahaks!!!)

Ok, lah. Sampai sini sahaja celoteh saya kali ini.
Terima kasih sudi baca sampai habis (Bagi mereka yang baca sampai habis. Hehehe)
Yang hanya baca langkau-langkau, Tahniah! Anda memang seorang yang mementingkan isi-isi penting sahaja dalam sesuatu isu. Jimat masa dan tenaga. Jimat duit bagi mereka yang baca post saya ini di cyber cafe. Hehehe... Gurau aja dong, pak, buk. Hihihi...

Mintak diri dulu.
Adios. Assalamualaikum.

P/S: Tak tahu nak letak title pe.. Ermmm...

Wednesday, April 21, 2010

Bakal Ibu

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Apa khabar semua? Ada sihat? =) Saya sihat alhamdulillah...
Keje "memposting" ni pun agak tidak konsisten sejak akhir-akhir ini...

Semenjak 2 menjak ni, saya sering mendengar pelbagai cerita tentang  bakal ibu-ibu yang baru disahkan mengandung, baru lepas bersalin dan yang sedang mengira detik-detik kelahiran anak tersayang sejak akhir-akhir ini. Macam-macam cerita yang berkaitan tentang waktu-waktu alahan dan jenis-jenis alahan. Hehehe... Bez jugak dengar, ada ilmu jugak yang terselit kadang-kadang tu..

Cikgu A:
- Anak pertama
- Kandungan nak masuk usia 3 bulan
- Alahan apabila nak masuk waktu tengahari (mulut rasa pahit macam tengah hisap panadol.. Huhu pahit tuu..)
- Pagi boleh makan dengan jayanya.. Hehehe (Selalu ajak kami makan seawal pukul 8, sebab takut tak lalu nak makan nt)
- Bila balik kerja pukul 5, badan macam orang yang berpuasa tapi tak bangun sahur (katanya lah, hehehe)

Cikgu B:
- Anak pertama
- Kandungan nak masuk usia 2 bulan
- Sangat teruja menguji kandungan dengan pregnancy test di rumah
- Sangat teruja dengan kejutan yang membahagiakan sehingga ramai cikgu-cikgu yang agak terkejut kerana beliau sudah ke klinik untuk membuat buku pemeriksaan bayi. (Hehehe... Ok pe.. Kalau saya pun macam tu jugak kot nanti, tak sabar-sabar nak tunggu orang baru kan...)
- Sudah nampak tanda-tanda orang mengandung, selalu nampak pucat je muka, penat semacam, kesiaaaan...
  (Ni la kot pe yang dialami oleh ibu-ibu kita ketika mengandungkan kita dulu kan kan kan...)
- Katanya, suaminya yang loya-loya, muntah-muntah, dan pening semua2 tu...

Cikgu C:
- Anak ketiga
- Kandungan nak amsuk kandungan 7-8 bulan
- Tak mengalami alahan langsung

Cikgu D:
- Berat naik dekat 10kg selepas melahirkan bayi perempuan 2 bulan lepas

Sekian.
Ada lagi tapi malas nak taip pepanjang... Hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca posting saya kali ini.

Adios. Assalamualaikum.