In da Name of Allah...
Salam 'alaik, every1...
Apa khabar semua? Ada sihat? =) Saya sihat alhamdulillah...
Keje "memposting" ni pun agak tidak konsisten sejak akhir-akhir ini...
Semenjak 2 menjak ni, saya sering mendengar pelbagai cerita tentang bakal ibu-ibu yang baru disahkan mengandung, baru lepas bersalin dan yang sedang mengira detik-detik kelahiran anak tersayang sejak akhir-akhir ini. Macam-macam cerita yang berkaitan tentang waktu-waktu alahan dan jenis-jenis alahan. Hehehe... Bez jugak dengar, ada ilmu jugak yang terselit kadang-kadang tu..
Cikgu A:
- Anak pertama
- Kandungan nak masuk usia 3 bulan
- Alahan apabila nak masuk waktu tengahari (mulut rasa pahit macam tengah hisap panadol.. Huhu pahit tuu..)
- Pagi boleh makan dengan jayanya.. Hehehe (Selalu ajak kami makan seawal pukul 8, sebab takut tak lalu nak makan nt)
- Bila balik kerja pukul 5, badan macam orang yang berpuasa tapi tak bangun sahur (katanya lah, hehehe)
Cikgu B:
- Anak pertama
- Kandungan nak masuk usia 2 bulan
- Sangat teruja menguji kandungan dengan pregnancy test di rumah
- Sangat teruja dengan kejutan yang membahagiakan sehingga ramai cikgu-cikgu yang agak terkejut kerana beliau sudah ke klinik untuk membuat buku pemeriksaan bayi. (Hehehe... Ok pe.. Kalau saya pun macam tu jugak kot nanti, tak sabar-sabar nak tunggu orang baru kan...)
- Sudah nampak tanda-tanda orang mengandung, selalu nampak pucat je muka, penat semacam, kesiaaaan...
(Ni la kot pe yang dialami oleh ibu-ibu kita ketika mengandungkan kita dulu kan kan kan...)
- Katanya, suaminya yang loya-loya, muntah-muntah, dan pening semua2 tu...
Cikgu C:
- Anak ketiga
- Kandungan nak amsuk kandungan 7-8 bulan
- Tak mengalami alahan langsung
Cikgu D:
- Berat naik dekat 10kg selepas melahirkan bayi perempuan 2 bulan lepas
Sekian.
Ada lagi tapi malas nak taip pepanjang... Hehehe
Terima kasih kerana sudi membaca posting saya kali ini.
Adios. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment