In da Name of Allah...
Salam 'alaik, evryy1...
Apa khabar semua? Harap, iman, amal, tubuh badan, hati perasaan, semua sihat ye.. Semalam, ada seorang teman saya tanya bila saya nak update post di bolg ni. Ermmm... Masa tu, saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Hehehe... Hari ini, saya rasa saya memang nak sangat-sangat untuk update awal-awal pagi lagi. Hehehe... Sebab?! Sebab saya berasa sangat-sangat bahagia malam tadi. Hanya dengan 1 mesej kata-kata untuk seorang sahabat, saya dihujani dengan balasan mesej-mesej tersebut. Alhamdulillah.
Ceritanya bermula begini. Saya memang ada simpan no telefon kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Cuma, bila jarang-jarang contact, saya jadi tak pasti samada nombor itu masih digunakan atau tidak. Jadi, saya hanya menghantar mesej tentang kelebihan seorang sahabat. Kalau ada balasan bertanya "sape ni?" maknenya memang nombor2 tu masih digunakan la.
Saya memang seorang yang suka bertanya khabar kembali kawan-kawan lama yang terpisah dek kerana tuntutan pembelajaran. Tapi, saya hanya keep in touch dengan sahabat-sahabat di Madrasatul Quran dan sekolah menengah dulu je. Sahabat-sahabat saya semasa di sekolah rendah dulu memang betul-betul lost contact. Saya pun tak tahu kenapa. Mereka masih ingatkan saya ke tak, pun saya tak tahu. Hehehe... Ingat rasanya kerana sekolah rendah saya dulu betul-betul berhadapan dengan rumah saya dan semua orang tahu rumah saya di situ. Tak lebih dari 10 meter pun. Hehehe... Mungkin disebabkan saya keluar sekolah ketika darjah 4 dan terus ke madarasatul quran, lalu saya langsung tidak berhubung dengan sahabat-sahabat di sekolah rendah dulu. Mungkin juga.
Memang ramai sangat kawan-kawan yang masih tak dapat dihubungi. Tak tahu sejauh mana perkembangan mereka dan sangat-sangat merindui mereka. Andai dapat berjumpa kembali beramai-ramai, alangkah indahnya saat itu. Tak dapat nak dibayangkan. Mudir di madrasatul quran yang kami panggil "doktor" pun sangat-sangat dirindui. Sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan madrasah itu, tentu sudah banyak perubahan yang berlaku di sana.
Sebelum ini, memang saya berasa sangat mustahil jika kami dipertemukan semula. Tapi, benarlah apa yang diperkatakan di dalam al-Quran. Jika Allah Taala kata "Jadi!" Maka jadilah setiap sesuatu itu. Tak mustahil sesuatu yang mustahil itu akan berlaku TAPI hanya dengan izin Allah Taala sahaja.
Ya Allah, ampunkan dosa sahabat-sahabat kami. Jauhkan kami daripada azab kubur, Ya Allah. Jauhkanlah kami dari azab api neraka, Ya Allah. Kau rahmatilah semua guru-guru kami, Ya Allah. Kau ampunkanlah mereka, Ya Allah. Kau peliharalah mereka seperti engkau menjaga ibubapa kami, Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamiiin.
Minta diri dulu.
Adios. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment