Monday, June 28, 2010

Nusrah Jemaah Masturat South Africa

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1..

Ermm.. Rase ngantok la pulak.. Biasenye "jetleg" semacam je.. Saya baru balik dari nusrah jemaah masturat South Africa ni.. Sangt suke =) .. Sempat jadi mutarjim kejap.. Terpele'ot lidah ceq.. Huhu.. Alhamdulillah.. Mereka guna bahasa Inggeris standard.. Cume, laju ke tak yang jadi masalah.. Kalo laju, nganga la saya nak paham.. Hehe.. Masa saya pegi tadi, tak ramai sangat yang datang nusrah, tak sampai 10 orang.. Jadi sempat la saya berborak-borak, dan berta'aruf dengan mereka.. Bercerita tentang Malaysia, tentang South Africa.. Alhamdulillah, mereka paham broken English saya nih.. Huahuahua.. Memang tergeliat la lidah saya tadi, tapi sebab mereka kuat ikram, mereka puji English saya, tapi hakikatnya... Hanya Allah je yang tahu.. Hehehe.. Sampai tergaru-garu kepala saya tadi.. Malay English pon ada.. Hehe.. Ermm.. Tak boleh nak cerita panjang la kali ni.. Mengantuk la.. Nak siapkan report sesi masa saya practical ari jap, nak hantar kat organisasi lusa.. Mintak diri dulu..

Adios. Assalamualaikum.

Saturday, June 26, 2010

Cerita tentang Seorang Anak Muda

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1..

Al-kisah...
Diceritakan sebuah hikayat..
Seorang anak muda..
Berasa cukup berbaur perasaannya..
Marah, geram, sedih, tidak puas hati terhadap ego seorang manusia, kecewa..
Dan segala macam yang negatifnya..
Selepas melepaskan rasa-rasa itu kepada orang lain..
Lalu,
Anak muda itu teringat pesan seorang sahabat..

Di dalam hadith Rasulullah SAW ada menyatakan..
Jika masih marah, duduklah jika anda sedang berdiri, jika sedang duduk maka berbaringlah. Ini juga mungkin dapat meredakan kemarahan. Seterusnya, sunat mengambil wuduk kerana kepanasan marah boleh dikurangkan dengan air sembahyang. 
(Maksud hadis riwayat Abu Daud daripada Athiyah as-Sa’di)
Rujuk laman ini dan laman ini

Maka,
Anak muda itu terus menyejukkan diri dengan membasahkan dirinya..
Fikirnya, mandi untuk melegakan akan rasa-rasa itu..
Tapi,
Anak muda itu masih terasa kecewa..
Lalu,
Sambil menghalakan wajahnya ke pancuran air..
Anak muda itu menutup rapat-rapat matanya..
Menekan-nekan matanya supaya tiada ruang..
Untuk lelehan air matanya..
Secara jujurnya..
Anak muda itu sebenarnya..
Tidak mahu menitiskan walau setitik pun air matanya..
Hanya disebabkan hadirnya segala rasa-rasa itu..
Dan lelehan mutiara-mutiara jernih itu juga gagal turun ke pipinya..
Lalu,
Seusai itu,
Anak muda itu berwudhuk..
Dan mendirikan solat..
Mohon diampunkan segala kekhilafan diri..
Kerana baginya..
Rasa-rasa itu sebenarnya..
Allah datangkan untuk..
Menguji tahap kesabaran dan keimanannya..
Melalui makhluk lain..

Al-kisah..

Cerita ini hanya cerita dongengan dan rekaan penulis sahaja..
Mencuba untuk menulis dalam bentuk puisi..
Meluahkan rasa..
Berkongsi rasa..
Memcari idea..
Bertukar-tukar pandangan..Menyampaikan ilmu selagi termampu..
Dalam erti kata lain,
Mencari setitis ilmu..
Di dalam lautan ilmu Allah yang Maha Luas!
Hanya melalui pusi kata..
Seni itu sememangnya indah..!

Adios.
Assalamualaikum.

Thursday, June 24, 2010

Result Praktikum Sudah Keluar!

In da Name of Allah...

Salam 'alaik!

Malam tadi, check result praktikum. Alhamdulillah, nope bad! Huhu.. Cam tak caye pon ade tgk result 2.. Yang penting, saya happy sebab sedikit demi sedikit rintangan dan cabaran untuk menghabiskan pengajian saya selama 4 tahun ni akan berkahir tak lama lagi, InsyaAllah. All praise is 2 Allah! =)

Tapi, bila check facebook, kaunselor dan cikgu2 dekat tempat praktikum dulu tanya bila nak pegi sana lagi, huhu... Rindu bebenor mereka kat saya. Hehe.. Yang 2 tak pe lagi, ni siap ngan Timb Pengetua HEP tanya bila saya nak pegi sana dan hantar repot sesi saya.. Hehe... Don't worry, ustaz. Nanti saya pegi. Kalo saya hantar by post kan ade orang "ketok pale" saya lak nanti! Hehe.. (Nak jumpa punya pasal). Tapi sebab saya agak sibuk mengemas rumah untuk sambut kedatangan 2 rombongan tetamu ni, jadi terpaksa posponed untuk ke sana dan juga posponed keje sampai semuanya dah selesai awal bulan 7 nanti, InsyaAllah.

Alhamdulillah, rajin pulak saya update blog lately ye...
Saya pon tak sangka saya serajin ni sekarang nih... Hehehe..

Mintak diri dulu!
Adios. Assalamualaikum.

Wednesday, June 23, 2010

Jemaah Masturat dari South Africa

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Alhamdulillah...
Seminggu dua ni, saya dan keluarga berada di dalam mode kemas rumah. Hari-hari ada je yang perlu dikemas a.k.a. gotong-royong besar-besaran lah kiranya. Kami sekeluarga ada rezeki lebih sikit, jadi, abah tambah sikit ruang di rumah saya ni,  I got a new bedroom, hehe... Alhamdulillah :D Hari-hari gotong-royong kemas rumah, sangat suka dan sangat teruja dengan wajah baru rumah saya ni, walaupun tak mewah, tapi sudah memadai dan selesa untuk terima tetamu dan jemaah masturat nanti, Alhamdulillah, TQ 2 Allah 4 all those nikmah! Ya Allah, Engkau Maha Kaya atas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami!!!

InsyaAllah,
25, 26, 27 Jun ni, family angkat saya dari Selangor datang menziarahi kami dalam masa yang sama untuk mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin.

InsyaAllah,
Awal bulan Julai nanti, Jemaah Masturat dari South Africa akan datang ke rumah saya. Saya pon excited semacam dah ni, hehe... Dah lama saya tak jumpa dengan jemaah foreign, sebab asyik dok asrama je kan, huhu... Alhamdulillah, kebetulan saya sempat chatting dengan seorang sahabat yang sangat baik, dan sporting a.k.a "pakcik angkat" (bia dia muda lagi pon), hehe yang pernah belajar dan tinggal di South Africa, jadi saya bagitahu beliau yang kami akan menerima jemaah dari sana. Luckily, beliau dah tahu awal-awal lagi sebab salah seorang daripada kawannya juga menerima jemaah tersebut juga. Beliau siap tanya awal-awal lagi tentang menu yang akan dihidangakan nanti. Saya tanpa buang masa terus tanya menu western food. Alhamdulillah... Saya excited nak pergi beli bahan-bahannya esok, hehe. InsyaAllah dipermudahkan nanti. TQ so much, pakcik! Cayalah pakcik! Pakcik yang ajau saya masak (sebab beliau baru balik dari Merlimau tadi, hehe)!

P/S:
Saya sangat-sangat gembira dan teruja dengan kedatangan bakal tetamu2 saya nanti. InsyaAllah, dengan asbab kedatangan mereka, ummat akhir zaman akan ikut sunnah Rasulullah, dan tinggalkan larangan Allah! Amien! Moga-moga, Allah Taala pilih saya untuk hadir dalam majlis mereka nanti, Amien!

Adios. Assalamualaikum.

Tuesday, June 22, 2010

Warkah Rahsia untuk Dia yang Tersayang!

In da Name of Allah...

Aku ingat setiap sen yang dibekalkan
Oleh ibu dan ayah setiap pagi
Setipa suap makanan yang aku jamah
Akan menjadi darah daging aku
Penat lelah ibu dan ayah menjagaku
Akan ku gembirakan hati kalian dengan kejayaan

Istimewa warkah ini ingin kutujukan
Buat insan yang cukup berjasa kepada diri ini
Ibu dan ayah...
Mama dan abah...
Bonda dan ayahanda...
Ummi dan abi...
Apa saja panggilan untuk mereka
Tanpa mereka siapalah diri ini

Masa silih berganti
Dan aku kini sudah mampu berdiri sendiri
Aku telah pandai mengurus diriku

Tetapi
Di manakah insan yang cukup berjasa itu
Aku mengabaikan perasaan dan pendapat mereka

Tetapi
Mereka tetap bersamaku dalam diam dan doanya
Masih aku ingat sewaktu kecilku
Aku ditatang seperti minyak yang penuh
Sehingga mereka sanggup berkorban 
Apa saja yang mereka ada

Sesungguhnya mereka tidak pernah mengeluh
Semasa membesarkanku
Tiada perkataan menyesal tentang tingkah laku
Yang dalam diam mengguris perasaan mereka

Mak, ayah...
Mengapa kau terlalu baik kepada diri ini
Sedangkan aku banyak menyakitimu
Kadang-kala, aku tahu perkara itu salah
Tetapi mengapa aku melakukan
Demi memuaskan hati kecilku

Ummi, abi...
Layakkah aku bergelar anakmu
Yang soleh dan solehah dengan keadaanku begini?
Adakah masih ada ruang  untukku
Menebus segala kesalahanku ini..?

Ya Allah,
Ampuni segala dosaku,
Dosa ibu ayahku
Sepertimana mereka membesarkanku
Sehingga ke hari ini...!
Amien Ya Rabb!!!

Bicara tentang Ilmu

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Imam Ahmad berkata:
Manusia lebih memerlukan ilmu berbanding makanan dan minuman, kerana setiap hari manusia perlu makan dan minum hanya sekali atau beberapa kali sahaja., sedangkan keperluan ilmu sebanyak denyut nafasnya. Cukup jelas pembicaraan tentang kemuliaan orang yang berilmu dari yang lainnya, seperti keutamaan bulan purnama berbanding bintang-bintang yang lainnya. Dan, malaikat sentiasa mengibarkan sayapnya serta melindunginya (terhadap orang yang berilmu).

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum.

Friday, June 11, 2010

Masa Itu Telah Berlalu

Salam 'alaik, every1...

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, sempat jugak saya curi-curi masa untuk update blog saya yang hampir-hampir dihuni oleh labah-labah ni... Sebulan kebelakangan ni saya kurang berminat untuk view blog saya ni.. Say biarkan ia sepi dan berkulat tanpa apa-apa pengisian pon.. Bengang pon ada tengok blog ni.. Tak tahu mengapa, rasa menyampah gile tengok blog ni.. Hehe.. Tu sebulan yg lalu la... Sekarang ni da ok siket nood untuk jenguk blog ni..

27 Mei 2010
- Mengikut tarikh yang dinyatakan di dalam surat praktikum, 27 Mei adalah tarikh terakhir saya untuk berpraktikum, tapi disebabkan saya ada ramai "peminat", so saya kena panjangkan tempoh praktikum saya seminggu lagi. Maknanya dalam 3 Mei baru habis praktikum. Tapi, saya liat sikit, minggu terakhir di dalam bulan Mei tu saya da stress sangat2 sebab orang lain dah boleh abis, saya belum lagi. Orang lain dah boleh tumpu kepada laporan akhir praktikum, saya terkapai-kapai lagi. Akhirnya, minggu pertama Jun saya hanya pergi 2 hari je ke sekolah, hari isnin dan Selasa. Hari Selasa ada jamuan kecil (underground). Hanya pihak-pihak "tertentu" je yang dijemput hadir. Hehehe.. Bertempat di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

2 Jun 2010
- Saya da "bertolak" dengan "flight" ke Seremban. Hehehe..

4 Jun 2010
- Saya dan beberapa orang rakan yang hantar laporan akhir "by hand" telah berjanji berjumpa di kampus. Syok juga jumpa walaupun tak ramai yang pergi. Ramai yang hantar melalui pos. Saya sengaja pergi kampus sebab nak ambik transkrip sementara. Alhamdulillah.. TQ so much, Ya Allah!!!!!

Huuuu... Rasa bebas sangat2 dah sekarang nih..!!! Macam nak qadha tido pon ada. nak qadha on9 pon ada. Hehehe...

2 Jun 2010 - 12 Jun 2010
- Saya stay kat rumah abang di Seremban. Mak aih..! Boringnyeee... Huahua... Bila saya cakap nak beli tiket nak balik kg, abang dan kakak ipar saya buat tak tahu je.. Huhu... Macam2 alasan saya bagitahu mereka. Saya cakap ma abah suruh balik la.. Padahal saya yang ajar ma suh telifon abang suruh saya beli tiket... huahua... Tapi ma saya pulak suruh saya dok lama2 kat sini.. Adoyaii...

10 Jun 2010
- Lebih kurang pukul 9.30 malam. Suami kepada sepupu saya telah kembali ke rahmatullah. Asbab: dilanggar oleh seorang Cina mabuk sewaktu beliau selesai membeli barang-barang keperluan, dan mengisi barang-barang tersebut ke dalam bonet keretanya. Sepupunya yang turut ada di tempat kejadian sempat mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah. Al-Fatihah. Moga Ruhnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amien. Beliau telah meninggalkan seorang balu (sepupu saya), seorang anak perempuan berumur 4 tahun, dan bayi di dalam kandungan yang berusia 6 bulan.

11 Jun 2010
- Baru update blog. Saja mentioned, sebab blog saya ni still under construction, xde date, xde time. Bia jela gitu dulu.. Nyampah tengok "undefined" tuh... Huhu.. Dah beli tiket balik kg tadi.. Naik "flight" lagi.. Kat Terminal 2, Seremban... Hehehe

12 Jun 2010
- Yeaaahaaaa...!!! Tiket kol 9 pm.. Tak gitau abah lagi nih.. Baru mesej adik je tadi. Terlau merindui my mom, my abah.. my youngest bro.. my great bro, abg yan.. my grandma.. my anak sepupu, asma'.. n my.. my... my... n moreeee... hehehe

12 Jun & 13 Jun 2010
- Ada jemaah masturat dari Kota Bharu akan ke Pasir Puteh. InsyaAllah sempat hadir ke majlis para malaikat tu nanti, walaupun hanya sehari, daripada xsempat langsung lagi rugi kan.. Huhu.. InsyaAllah.. Hati dah berkarat nih.. dah lama tak polish.. Astaghfirullah...

Unfinished Bisnez:
1. Nak hantar laporan setiap sesi individu kepada penyelia lapangan a week after school holiday.
2. Kemas rumah sebab ada tetamu dari jauh (Selangor je..) nak bertandang pada 26 Jun nanti. Hehehe...
3. Nak belajar masak dengan ma (Ma abah dah pesan awal2 hari 2 sebelum habis praktikum lagi) Hehehe...
4. Nak diet. Huahua... Yakin boleh!!!

Huuu...
Finally..
"terupdate" jugak la blog saya nih... Heheh...
TQ Allah 4 giving me da chance.. =)
Alhamdulillah..