Tuesday, June 22, 2010

Warkah Rahsia untuk Dia yang Tersayang!

In da Name of Allah...

Aku ingat setiap sen yang dibekalkan
Oleh ibu dan ayah setiap pagi
Setipa suap makanan yang aku jamah
Akan menjadi darah daging aku
Penat lelah ibu dan ayah menjagaku
Akan ku gembirakan hati kalian dengan kejayaan

Istimewa warkah ini ingin kutujukan
Buat insan yang cukup berjasa kepada diri ini
Ibu dan ayah...
Mama dan abah...
Bonda dan ayahanda...
Ummi dan abi...
Apa saja panggilan untuk mereka
Tanpa mereka siapalah diri ini

Masa silih berganti
Dan aku kini sudah mampu berdiri sendiri
Aku telah pandai mengurus diriku

Tetapi
Di manakah insan yang cukup berjasa itu
Aku mengabaikan perasaan dan pendapat mereka

Tetapi
Mereka tetap bersamaku dalam diam dan doanya
Masih aku ingat sewaktu kecilku
Aku ditatang seperti minyak yang penuh
Sehingga mereka sanggup berkorban 
Apa saja yang mereka ada

Sesungguhnya mereka tidak pernah mengeluh
Semasa membesarkanku
Tiada perkataan menyesal tentang tingkah laku
Yang dalam diam mengguris perasaan mereka

Mak, ayah...
Mengapa kau terlalu baik kepada diri ini
Sedangkan aku banyak menyakitimu
Kadang-kala, aku tahu perkara itu salah
Tetapi mengapa aku melakukan
Demi memuaskan hati kecilku

Ummi, abi...
Layakkah aku bergelar anakmu
Yang soleh dan solehah dengan keadaanku begini?
Adakah masih ada ruang  untukku
Menebus segala kesalahanku ini..?

Ya Allah,
Ampuni segala dosaku,
Dosa ibu ayahku
Sepertimana mereka membesarkanku
Sehingga ke hari ini...!
Amien Ya Rabb!!!

6 comments:

Umma-ali said...

Amin, ya Robbal 'alamin. Daku lah anak, daku juga ibu...cantik puisimu...jazakAllahukhoiran jaza'.

CikAniey said...

Puan, la syukran 'alal wajib.. Puisi dari guru2 sek adik saya, sebagai motivasi utk meraka belajar lebih bersungguh2, juga utk semua kita yg bergelar seorang anak kpd ibu ayah..

Cik As said...

masyaallah sunggah tersentuh di ruang hati kecil ini..ya pengorbanan mereka begitu besar..susahnya mndidik anak2 lebih2 lagi di ambang gelora dunia/akhir zaman...moga sentiasa dberi taufiq n hidayah dari allah taala sentiasa..
p/s:kak ani punya puisi cukup2 menarik n wat sy tertarik;)

CikAniey said...

Dik, jgn dipuji melambung dik.. Lgpon, bkn created by akak pon, hehe... cume suke kn bait2 indah dalam puisi je dik, sgt puitis.. =)seni itu indah, selagimana tidak bercanggah dengan agama =)nanti akak share lagi puisi2 yg lain, tp semua yg org punye la... hehehe

Cik As said...

beres kak=)
xmengapa asalkan berguna pada semua..
hehe..

CikAniey said...

=) "Saat itu dan hati ini" je yg betul2 ciptaan akak dik... huhu