Alhamdulillah.. Dapat juga saya melapangkan masa untuk mengadap blog saya yang sudah bersawang ni.. Bukan kerana sudah bertukar status, tapi laptop kesayangan saya telah pun hampir tamat riwayat hidupnya.. Huhu.. Hanya menunggu masa ajalnya menjemput saja. Sedih memang sedih, tapi sampai situ saja rezeki saya dengan laptop kesayangan saya tu.. :)

Sebenarnya, mood saya untuk post kali ni tidak begitu menceriakan.. :)
Saya cuba untuk tersenyum seikhlas mungkin.. Bila ikhlas, maka senyum pun bertambah manis.. Betul tak? :)
Saya bukanlah seorang yang pendendam, tetapi saya bukan juga seorang pelupa.
Entahlah.. Rasa sedih masih lagi terasa sehingga kini. Bukan saya terlalu mengikut perasaan dan nafsu.
Cuma, bila syaitan menguasai diri, rasa sedih itu kembali bertandang. Maka, istighfar adalah sebaik-baik teman. Suami saya sentiasa mengingatkan saya tentang ini.
Rentetan dari peristiwa yang menyebabkan hati saya rawan itu, saya mengambil sikap berhati-hati. Itu yang terbaik untuk saya ketika ini. Saya lebih banyak mengasingkan diri. Sedaya-upaya saya untuk cuba meminimumkan percakapan saya seharian. Takut-takut terlajak kata lagi. Yelah, lidah diibaratkan sebagai pedang.
Saya tak kisah jika ada yang perasan saya tak lagi seperti dulu.
Rasanya itu yang terbaik buat diri saya.
Bila diuji sebegini, hati kembali terikat dengan-Nya.
Baru sedar, diri dah banyak lupa pada-Nya.
Diri juga seakan-akan hilang kepercayaan kepada makhluk.
Mengadu, berharap, berserah pada Allah sudah cukup untuk membuatkan hati kembali bahagia. :)
Hablum minnan Naas..
Wa hablum minAllah!!