Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Nusrah Jemaah Masturat South Africa

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1..

Ermm.. Rase ngantok la pulak.. Biasenye "jetleg" semacam je.. Saya baru balik dari nusrah jemaah masturat South Africa ni.. Sangt suke =) .. Sempat jadi mutarjim kejap.. Terpele'ot lidah ceq.. Huhu.. Alhamdulillah.. Mereka guna bahasa Inggeris standard.. Cume, laju ke tak yang jadi masalah.. Kalo laju, nganga la saya nak paham.. Hehe.. Masa saya pegi tadi, tak ramai sangat yang datang nusrah, tak sampai 10 orang.. Jadi sempat la saya berborak-borak, dan berta'aruf dengan mereka.. Bercerita tentang Malaysia, tentang South Africa.. Alhamdulillah, mereka paham broken English saya nih.. Huahuahua.. Memang tergeliat la lidah saya tadi, tapi sebab mereka kuat ikram, mereka puji English saya, tapi hakikatnya... Hanya Allah je yang tahu.. Hehehe.. Sampai tergaru-garu kepala saya tadi.. Malay English pon ada.. Hehe.. Ermm.. Tak boleh nak cerita panjang la kali ni.. Mengantuk la.. Nak siapkan report sesi masa saya practical ari jap, nak hantar kat organisasi lusa.. Mintak diri dulu..

Adios. Assalamualaikum.

Monday, May 03, 2010

Jemaah dari Lombok

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Semalam jemaah masturat dari Lombok, Indonesia sampai ke Pasir Puteh. 6 pasang semuanya. Saya sempat menghadirkan diri untuk dengar bayan lepas Asar. Saya tak sempat nak berkenalan dengan mereka dengan lebih dekat. Tapi, Alhamdulillah, lembut sikit hati ni dengar orang membicarakan tentang kebesaran Allah Taala. Meleleh air mata bila diri terasa jauh dengan-Nya. Dengar firman-firman Allah Taala, dengar hadith-hadith Rasulullah. Cakap pasal akhirat. Cakap pasal amalan untuk mempertingkatkan iman. Yelah, makin kita jauh dengan Allah, makin Allah jauh dengan kita. Tapi, kalau kita ingat Allah sehasta, Allah ingat kita sedepa dan seterusnya. MasyaAllah, Maha Penyayang Allah Taala terhadap makhluknya. Cuma kita je yang sombong dengan Allah Taala. Tapi, bila hati dekat dengan-Nya, segalanya indah dan mudah walaupun dalam kesusahan kerana di situ ada keberkatannya. InsyaAllah lepas ni jemaah ini akan ke Besut pula.

Antara isi-isi dalam bayantersebut yang masih saya ingat adalah:
1) Hidup di dunia hanya sementara, Akhirat adalah kekal selama-lamnya.
2) Dunia hanya tempat ujian sahaja dan negeri Akhirat adalah tempat untuk mendengar siapa yang lulus ujian.
3) Hakikat kejayaan adalah apabila seseorang hamba itu lulus ujian di Hari Akhirat. Kejayaan di sisi Allah tidak dikira melalui pangkat yang besar, gaji yang besar, lulus peperiksaan dunia, memiliki segala kemewahan di dunia dan sebagainya. 
4) Kehidupan Akhirat adalah "nafsi-nafsi". Tak ada masa nak fikir tentang orang lain walaupun hanya untuk mencari secebis kebaikan cuma daripada seorang ahli keluarga ketika di dunia ini.
5) Asal-usul api di dunia adalah hanya cebisan kecil daripada api neraka yang telah dibasuh 70x di sungai-sungai di syurga. klik sini utk cerita penuh
6) Terdapat 40 orang para tabi'ien yang menggunakan wudhuk yang sama untuk solat isyak dan subuh kerana mereka amat sayang untuk meninggalkan solat sunat di malam hari.
7) Jaga amal, perbanyakkan membaca al-Quran dan zikir. Jaga zikir harian. klik sini utk tahu kelebihan-kelebihannya
8) Bila hati fikir dan faham tentang Akhirat, maka automatik kita akan berlapang dada untuk mempersiapkan diri untuk pulang ke negeri yang abadi.
9) 1 kisah yang dilalui oleh beliau sendiri apabila beliau pergi ke sebuah kampung, beliau telah bercakap tentang kebesaran Allah Taala dan Hari Akhirat kepada seorang pakcik tua. Tetapi pakcik itu telah bertanya kepada beliau kembali, "Adakah engkau telah pergi ke Akhirat sebelum ini? Jika tidak jangan sesekali kamu bercakap tentangnya." Begitu sekali bila hati telah tertutup untuk menerima hidayah Allah. MasyaAllah.
10) Air mata seorang isteri sangat besar kesannya. Sangat besar perbezaannya air mata para isteri kita pada hari ini berbanding dengan para isteri sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah. Fikir-fikirkan. Samada anda bahagia atau tidak, anak dan isteri merupakan ujian terhadap kita. Ujian ketika bahagia dan ujian ketika derita.

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi hari ini. Semoga sama-sama ambil pengajaran dan sama-sama amal. "Jangan tengok siapa saya, tapi amal apa yang boleh mendatangkan manfaat."

P/S: Masa makin suntuk, Tugas makin berat, Kerja makin banyak, Bahu makin senget, Kulit makin hitam *dok tepi pantai =) Hati makin tak sabar, Perasaan Maintain Ceria =) Bila hati dekat dengan-Nya, jiwa tetap tenang dan riang walaupun dalam kesusahan.

Ada hati, rasa.
Ada akal, fikir.


Mintak diri dulu. Thanks for reading this. =)
Ada masa, umur, rezeki, insyaAllah jumpa lagi. =)

Adios. Assalamualaikum.