Showing posts with label Jom Explore Diri Kita. Show all posts
Showing posts with label Jom Explore Diri Kita. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Kenali Personaliti Anda Melalui Jenis Darah


 Saya petik artikel ni drpd email sorg teman sekuliah d yahoo groups... Perlu diingat sekali lagi, tiada fakta atau teori yang menyatakan ini 100% benar, ini hanya 1 ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Lets explore our self..=)


 Mane 1 Jenis Darah Anda...???!

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH O - Saya mempunyai jenis Darah O. Hiks!! Hiks!!

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
*Tapi, papehal pon, masing2 de kelebihan tersendiri...  KERANA....
  1. Tiada personaliti yang gagal dalam ertikata yang sebenar
  2. Tiada individu yang personalitinya sempurna
  3. Tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong
  4. Personaliti adalah kualiti intrisik manusia yang boleh berubah  
* Sedikit maklumat tentang jenis-jenis darah yang boleh terima oleh badan:



Maha Agung Dia Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang diciptakannya... Subhanallah...!

Sunday, March 07, 2010

Mari Mengenal Personaliti Diri

Salam alaik, every1...

Arini, i think, i want 2 share something bout our personality yg sy dpt dr sorang teman sekuliah di yahoo group. Jom explore diri kita, have fun! =)

Psikologi: Personaliti Diri

Tertarik dengan satu cara mengenal personaliti diri dengan soalan dari kawan. Dari tindak-taduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:

1. Air mendidih kat dapur.

2. Air paip melimpah kat bilik air.

3. Bayi menangis.

4. Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.

Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
Fikirkan ~

Fikirkan ~~

Fikirkan ~~~

Fikirkan ~~~~

Fikirkan ~~~~~

Fikirkan ~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~~

Fikirkan ~~~~~~~~~~

Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali.

Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda?

apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi.

Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita berfikir. Selamat mencuba!

Ini jawapan @ tindakan saya :D

1. Air mendidih kat dapur.
2. Bayi menangis.
3. Telefon berbunyi.
4. Ada orang ketuk pintu.
5. Air paip melimpah kat bilik air.