Saturday, May 01, 2010

Sambal Buah Pauh

In da Name of Allah...

Salam 'alaik, every1...

Pauh Gheknge
Hari ini saya mahu kongsi 1 resepi ringkas yang saya pelajari daripada ibu saya. Saya rasa, semua orang tahu sebab ianya terlalu ringkas dan saya amat menyukai resepi ini (kalau boleh dianggap sebagai resepi =) ) Untuk membuktikan saya amat menyukai resepi ini, saya selalu "mempromosikan" resepi ini kepada rakan-rakan saya. Hehehe... Begini caranya...

Bahan-bahan:
1) 2-3 biji buah mempelam telur a.k.a mangga (ore kelate panggil buoh pauh gheknge, hehehe...)
2) 3-4 biji cili api a.k.a. lada etc (ikut keselesaan masing-masing nak sebut apa)
3) 2-3 ekor ikan selayang rebus a.k.a. ikan tawar (ikut keselesaan masing-masing nak sebut apa * ikan murah2 pun tak apa)
4) sedikit garam

Cara-caranya:
1. Garam ditumbuk sehingga hancur
2. Cili ditumbuk halus
3. Buah mempelam dikupas kulitnya, ditumbuk boleh, diparut pun boleh
4. Ikan rebus ditumbuk dan digaul bersama dengan bahan-bahan yang lain.
5. Siap untuk dihidangkan untuk hidangan 4-5 orang.

* Bahasa standard sebut "ditumbuk" jugak ke? Atau...?! Huhu sory...

Camane? Senang je kan?! Hehehe...
Selamat Mencuba!

P/S: Bukan menu saya hari ini. =)

Adios. Assalamualaikum.

No comments: